assalamualaikum...

selamat datang kepada semua yang melawati blog are-que nie...maf ye klu de tersilap or tersalah...are-que juga insan biasa yang tak terlepas dari kesilapan...jadi sebagai manusia, kita perlulah ingat-mengingati...jadi sebarang komen bley tinggalkn pesanan kepada are-que di box yg disediakan di tepi tue okayh...dan terima kasih atas kesudian melawati blog ini...
dan anda semua di'alu2kan menjoin blog are-que nih...:)

my family(1st wedding)

my family(1st wedding)
hmm...tyme nih 1st wedding dlm family are-que...tp abg yg no 3 yg kawen dlu...langkah bendul...jodohnyer smpai awal...hmm...agak excited are-que tyme nih...kelam kabut sket r...tp ade stu peristiwa tyme nih...hah...rahsia la xleh gtau...nnt kantoi...hehehe...tyme ni tema nyer warne-warni kot...pengantin n pelamin tema merun, tp family n brg antaran tema ijau...huhuhu...conpius2...hmm...tyme nih bertambah la warga perempuan dalam family are-que...hehehe...

my family(2nd wedding)

my family(2nd wedding)
cian ayahque sbb penat sgt layan tamu...lpas jerk org sume blik,ayah tumbang...sume isau...upenye ayah x mkn ubat pg tu n x mkn lngsung smpai ptg...hmm...tp alhamdulillah sumenyer selamat n majlis berjalan ngan lancar...and x leh lupa tyme ni are-que jd pengapit bidang terjun...hahaha...mmg lawak...mse ni bru ader sorg anak buah...si imran tu...sgt manje...plak tu tyme nih ummi die ngah pregnant kn adik die n btmbah lg la cucu tok ayah n nenek...hehehe...

Sunday, December 8, 2013


PENGERTIAN DAKWAH

Sebelum tajuk perbincangan ini dikupas dengan lebih terperinci, saya terlebih dahulu ingin menerangkan tentang definisi dakwah.  Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, meyeru, memanggil dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai maknanya tersendiri.

 
Muhammad Al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dr. Yusuf al-Qardhawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berhijad pada jalan-Nya.

           
 Dr Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiyah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang di dunia dan di akhirat. Dr. Abu al- Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara yang tertentu.[1]

 
Dakwah  boleh diertikan sebagai ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direlisasikan melalui pengurusan dan perancangan yang sistematik sesuai dengan saranan Al-Quran supaya dakwah disampaikan dan diperluaskan secara berhikmah.[2]
 
 
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 125 :

Maksudnya:
 
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan  dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik ; sesungguhya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya. Dan dialah yang lebih megetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

 
Selain itu, dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses penyampaian mesej Islam yang berterusan, bertujuan untuk mengukuhkan iman setiap muslim dan dalam masa yang sama dapat memujuk orang bukan Islam berkongsi iman. [4]

 



[1] Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur :  Universiti Malaya, hlm . 1-2.
[2] Abdul Ghafar Don, 2000, Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia,  Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 12.
[3] Al-Quran: Surah Al-Nahl:125.
[4] Abdul Ghafar Don, 2000,Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,  hlm. 163.

sekadar perkongsian...moga bermanfaat...(-_,-)
BY: S.N.J.J

No comments:

Post a Comment