assalamualaikum...

selamat datang kepada semua yang melawati blog are-que nie...maf ye klu de tersilap or tersalah...are-que juga insan biasa yang tak terlepas dari kesilapan...jadi sebagai manusia, kita perlulah ingat-mengingati...jadi sebarang komen bley tinggalkn pesanan kepada are-que di box yg disediakan di tepi tue okayh...dan terima kasih atas kesudian melawati blog ini...
dan anda semua di'alu2kan menjoin blog are-que nih...:)

my family(1st wedding)

my family(1st wedding)
hmm...tyme nih 1st wedding dlm family are-que...tp abg yg no 3 yg kawen dlu...langkah bendul...jodohnyer smpai awal...hmm...agak excited are-que tyme nih...kelam kabut sket r...tp ade stu peristiwa tyme nih...hah...rahsia la xleh gtau...nnt kantoi...hehehe...tyme ni tema nyer warne-warni kot...pengantin n pelamin tema merun, tp family n brg antaran tema ijau...huhuhu...conpius2...hmm...tyme nih bertambah la warga perempuan dalam family are-que...hehehe...

my family(2nd wedding)

my family(2nd wedding)
cian ayahque sbb penat sgt layan tamu...lpas jerk org sume blik,ayah tumbang...sume isau...upenye ayah x mkn ubat pg tu n x mkn lngsung smpai ptg...hmm...tp alhamdulillah sumenyer selamat n majlis berjalan ngan lancar...and x leh lupa tyme ni are-que jd pengapit bidang terjun...hahaha...mmg lawak...mse ni bru ader sorg anak buah...si imran tu...sgt manje...plak tu tyme nih ummi die ngah pregnant kn adik die n btmbah lg la cucu tok ayah n nenek...hehehe...

Wednesday, January 11, 2012

TEORI KEMASYARAKATAN IBN KHALDUN

IBNU Khaldun (1332-1406) ialah cendekiawan Islam yang banyak menyumbang dalam pelbagai bidang sains kemanusiaan antaranya falsafah, sains politik, sejarah dan sosiologi.
Berasal dari Tunisia, beliau pernah bertugas sebagai hakim atau kadi kepada mazhab Maliki di Afrika Utara. Beliau juga negarawan yang arif dalam hal ehwal negara hasil pengalamannya berkhidmat kepada beberapa generasi pemerintah Muslim di sana.
Antara karya penulisan beliau yang masyhur ialah Muqaddimah, buku pendahuluan bagi Kitab Al-’Ibar mengulas teori ketamadunan yang kini menjadi rujukan ilmuwan Islam dan pengkaji Barat.
Antara pemikiran Ibnu Khaldun adalah teori kemasyarakatan. Menurut beliau, sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu masyarakat, kita perlu memahami manusia dan perbezaannya daripada hidupan lain. Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni. Kedua, manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.
Ketiga, manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dan cara dalam menjalani kehidupan seperti kerjasama dalam institusi kekeluargaan, anak sentiasa berusaha membantu ibu bapa.
Seterusnya ia berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya mewujudkan ciri keempat pada manusia yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun sebagai tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka.
Ini termasuk tempat tinggal yang selesa di bandar dan kawan bagi menemani hidup supaya tidak kesunyian. Semua ciri ini membezakan manusia dengan makhluk lain mengikut pengamatan Ibnu Khaldun. Apabila memahami manusia, baru kita beralih kepada pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati diri serta mempelajari budaya melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam masyarakat.
Individu tidak boleh hidup dengan mengasingkan diri daripada masyarakat. Ibnu Khaldun menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang dikurung bersama bapanya sejak ia lahir.
Walaupun memiliki pengetahuan mengenai dunia luar melalui penceritaan bapanya, budak itu masih tidak mampu membayangkan dan berimaginasi apa yang diceritakan itu. Pengasingan dengan dunia luar membuatkan kanak-kanak itu tiada pengalaman berjumpa dan hidup dalam masyarakat sehingga membantutkan daya fikirannya. Oleh itu, hidup bermasyarakat adalah penting.
Menurut Ibnu Khaldun, beberapa faktor perlu ada bagi membantu individu dalam proses mengumpul pengetahuan mengenai masyarakat dan pertama adalah ilmu.
Ilmu adalah ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam. Manusia asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong ataupun dipanggil tabula rasa mengikut Ibnu Khaldun.
Kemudian, hasil usaha menimba ilmu pengetahuan, seseorang menjadi insan lebih sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ilmu pengetahuan dimantapkan dengan faktor kedua iaitu nilai murni keagamaan yang mewujudkan pembangunan jati diri yang baik.
Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen ketiga iaitu institusi keluarga.
Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi mewujudkan individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan golongan tua juga ejen yang membantu menerapkan nilai murni kepada individu.
Golongan tua terlebih dulu makan garam memandu golongan muda berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi. Sementara guru pula berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang diajar harus secara berperingkat. Sedikit demi sedikit ilmu diserapkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka. Jangan terus memberi soalan yang susah atas alasan supaya mereka dapat menimba pengalaman daripada menjawab soalan itu.
Soalan yang sukar ini patut disimpan untuk dijawab pada akhir proses pembelajaran. Guru yang melakukan kesilapan ini sebenarnya menambahkan kekeliruan pelajar kepada pelajaran.
Bagi Ibnu Khaldun ini adalah teknik pengajaran yang lemah dan tidak berkesan. Beliau juga menekankan elak daripada menjalankan proses pendidikan formal berasaskan penghafalan kerana menghafal mengakibatkan seseorang mudah lupa.
Faktor seterusnya ialah penguasaan bahasa sebagai medium asas untuk berkomunikasi dengan masyarakat termasuk kebolehan berbahasa pasar kerana ia dapat memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan lagi hubungan dengan ahli masyarakat.
Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik. Penulisan dapat membantu seseorang meluahkan apa yang terdetik di benak dan minda mereka.
Ejen sosialisasi yang terakhir ialah muzik. Menurut Ibnu Khaldun, muzik dapat mengeratkan hubungan sesama manusia melalui emosi yang dilahirkan ketika mendengarnya terutama muzik berentak harmoni.
Ia membantu menceriakan suasana serta meringankan tekanan. Muzik bercorak puisi indah, berirama rancak dan bertenaga pula menaikkan semangat tentera yang berjuang di medan peperangan. Ini membantu mereka terus cekal melindungi keselamatan masyarakat sehingga berjaya mengatasi dan mengalahkan musuh serta pulang ke pangkuan keluarga dicintai.
Ibnu Khaldun banyak menyumbang kepada ilmu falsafah sama ada politik, sosiologi dan sejarah, walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kerana teorinya yang dianggap agak sekular, jika diamati, fikiran beliau lebih maju daripada era zamannya sendiri.
Selepas lebih enam abad berlalu, falsafah beliau masih dapat diguna pakai dan banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun sama ada Islam mahu Barat.
Sehingga kini, hasil nukilan beliau masih menjadi sumber rujukan utama bagi universiti di seluruh dunia.
p/s:copy paste dr blog traditional islam...sekadar perkongsian bersama(^_^)

Tuesday, January 3, 2012

KUBUR KITE LAIN-LAIN???

Kubur kite lain-lain???ape cer nie???pasal kubur?eh kubur kite bukan bersebelahan ke?kubur kau cantik tak?eh! ape yang nak disampaikan nie?cer story sket!!!

Haa...nie la nak cerita nie...bukan pasal kubur semata-mata tapi ade yang lebih penting dari tu...so, kalau nak tahu, teruskan membaca sampai abes o.k!!!jom layan!!!

Kawan-kawan, cuba kia tengok keadaan sekeliling kita...masyarakat sama-sama dengan kita, apa yang sedang mereka lakukan??? Ada yang bersedekah, berbuat amal di masjid, tolong orang yang dalam kesusahan...eh!cuba tengok lagi sebahagian yang lain...haa...ada juga yang sedang sibuk membeli belah...ntah apa yang dibelinya...mungkin keperluan harian agaknya...husnu zhon...yang sane pulak sedang sibuk berfesyen sakan mengikut trend katanya...ikut syariat tak tu???jangan tak cukup kain pulak yer...erm...yang di sane pulak ade pasangan yang asyik berasmaradana la pulak...siap berlari-lari mcm “kuch-kuch hota hey” la pulak...dah halal ke belum wat aksi-aksi ala cerita titanic gitu???yang golongan remaja nie pulak duduk melepak kat pusat hiburan, cyber cafe, tak pergi sekolah ke erk???siap dengan rokok kat mulut...masyaAllah s.w.t adik-adik...yang abang-abang dan kakak-kakak yang besar panjang nie pulak tunjuk contoh yang bukan-bukan kat adik-adik...macam mane la adik-adik nie nak ikut???erm...macam-macam la ragam manusia sekarang...kita nie bukan nak ajak mengumpat, tapi nak ajak merenung apa yang sedang berlaku dalam masyarakat merangkap saudara-saudari seislam kita nie...kalau mereka berbuat kebaikan,Alhamdulillah...mudah-mudahan istiqomah dan menjadi qudwah hasanah pada yang lain...tapi kalau yang sebaliknya, macam mane???adakah kita nak duduk dan lihat je kerosakan dan kemungkaran yang berlaku???ada orang kata jangan nak dok menyibuk halo rang lain, jage tepi kain sendiri sudahlah...ada pulak bila ditegur disergahnya balik kita...kubur kite lain-lain katenya so,tak menyusahkan orang lain bila dia berkelakuan mengikut nafsunya...

Nah...macam mana nak dijawab bila dikata kubur kita lain-lain tu???haa...cube cakap kat dia “memang la kubur kita lain-lain, tapi dibuatnya nanti kubur kau sebelah ngan kubur aku macam mane..?pulak tu berjiran dengan kubur orang-orang yang alim dan sepatutnya bersemadi dengan aman...tak ke masa tu kau menganggu ketenteraman orang lain nanti..?”haa...suh dia jawab jangan tak jawab...

Kawan-kawan ku sayang, bukan itu sebenarnya menjadi isunya sekarang...tapi nak bagitahu yang kita semua nie adalah manusia yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi “KHALIFAH” di muka bumi ini...dan perkara ini telah jelas dinyatakan di dalam al-Quran surah al-baqarah ayat 30

øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ

30.  Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Ayat ini jelas Allah s.w.t melantik manusia menjadi khalifah di muka bumi ini...jadi adakah seorang khalifah itu dilantik hanya untuk duduk dan melihat kerosakan dan kemungkaran berlaku di muka bumi ini???sesugguhnya tidak sama sekali...khalifah dilantik untuk menjalankan tugas memelihara dan menghalang kerosakan dan kemungkaran yang berlaku...jadi kita adalah khalifah di muka bumi ini...kitalah yang bertanggungjawab untuk memelihara dan menghalang dari terusnya berlaku kerosakan dan kemungkaran...dengan cara apa???dengan cara melakukan “al-amr bi al-ma’ruf wa nahy al-munkar” iaitu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemunkaran...makanya, kita wajib untuk menegur seluruh umat manusia yang sedang leka dihasut oleh syaitan yang direjam yang berjanji untuk menyesatkan anak-anak Nabi Adam a.s...

Nah...kawan-kawan ku yang disanjungi, ini adalah tanggungjawab kita terhadap saudara-saudari kita...bukan kerana kubur kita lain-lain ke bersebelahan ke satu kubur yang sama kea tau kubur yang berjauhan sekalipun, ia bukanlah menjadi isu utama dalam hal ini...jangan kerana kata-kata yang dilontarkan sebegitu, kita melupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah...cuba kita fikirkan sekiranya semua manusia menganggap kata-kata seperti itu sebagai alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah, siapakah yang akan menjalankan amanah tersebut???adakah kita bersenang hati melihat saudara-saudari serta kaum kerabat kita terus berada dalam kemunkaran???

So, kawan-kawan fikir-fikirkanlah dan bertindaklah sebagai seorang khalifah Allah s.w.t bukan sebagai hamba yang menurut kepada hasutan syaitan yang dilaknati Allah s.w.t.

As normally, segala kekurangan harap dimaafkan dan sama-samalah memperbaikinya...moga mendapat redha dari Allah s.w.t dan manfaat bersama...amiin...so, jangan gadoh2 o.k...peace (^_^)

Sunday, January 1, 2012

Cendol pulut + solat jumaat...(^_^)???

Di tengahari yang agak suam-suam panasnya, tekakku terase dipanggil oleh cendol pulut yang agak sweet rasenye dengan suhu sejuknye yang juga agak enak dihirup pada tengahari yang suam ini...erm, memang sodap la kan...sambil ditemani oleh monyet-monyet yang seronok bergayut di dahan-dahan sebagai penglipur kepada kami-kami yang sedang menikmati cendol pulut yang tak kurang bestnye...
Ayqah: eh...arini kan ari jumaat kan...apehal “jejake-jejake” berpusu-pusu disini yerk???bkn sepatutnye mereka berpusu-pusu ke masjid kew???
Nur Jay: mybe awal lagi kot nie...dorang nak rase keenakan cendol nie dulu agaknye...
Cik Nor: (sambil tengok jam antik di tangan) ey girlsss...skang nie jarum jam antik aku nie dah menunjukkan pukul 1.00 p.m o.k bukan 1.00 a.m...tapi mungkin silap kot jam aku nie...kan jam antik...(masih berfikiran positif terhadap “jejake-jejake” tersebut)
Kami-kami pun meneruskan sesi menikmati cendol pulut sambil melihat aksi-aksi monyet comel bergayutan di sebelah kanan...agak tidak membahayakan monyet-monyet tersebut...
“Allahu akbar Allahu akbar.......”
Ayqah: haa...korang dengar tak ape yang aku dengar???ke aku sorang jer sedang berfantasi???
Cik Nor: eh, akaq pon dengar o.k...ayqah tak berfantasi sendirian...Nur Jay dengar tak???
Nur Jay: confident den donga...tak salah la telingo kito ni ha...telingo dorang kot yang trouble...dorang nie uzur ke ape???tapi kalu uzur, camne boley makan cendol pulut???musykil2...
Cik Nor: a’ahla...dorang nie macam takde sivik jerk...kan waktu rehat ari jumaat lame kan...so,pas solat jumaat ade lagi mase nak bersantai ngan cendol pulut nie ha...
Ayqah: erm,memang saje jela dorang nie tak nak pegi solat jumaat...cube tengok kat belakang tu...siap berbaju melayu, berkain pelekat ngan bersongkok lagi...dah ade gaye nak solat dah tu...tapi nape macam takde gaye nak berangkat???
Cik Nor: memey r...dok bace paper lagi tu ha...dari tadi tak abes-abes bace...tebal agaknye paper nyer tu...tak pon mengeja kot...
Nur Jay: tula dorang nie takde perasaan la kan...tengok tue...ade lagi “jejake-jejake” yang baru sampai nk menikmati cendol pulut nie...ish2...power betol cendol pulut nie sampai mereka-mereka nie sanggup tak pegi solat jumaat semata-mata nak makan cendol pulut...
Cik Nor: nie sume salah cendol nie la...sebab cendol nie dorang tak pegi solat jumaat!!!
Ayqah: tak la Cik Nor...cendol nie tak bersalah...nie salah dorang sendiri la...patutnye dorang kene fikir sendiri tanggungjawab dorang sendiri...mane yang lebih wajib...makan cendol tak wajib...so,dorang yang terpedaye ngan hasutan nafsu jahat dorang...
Nur Jay: lau u olls perhatikan,bukan kat sini jer “jejake-jejake” nie berpusu-pusu...kat tempat lain pon macam tu...kite ley tengok kat kolej2 kite ade je yang tak pegi solat jumaat...ade yang dok berdating lagi kat kafela dok kehulu kehilir tak berarah tuju...ade plak yang pegi solat jumaat,tapi dok melepak kat luar masjid...kat parking2 motor...bukannye nak masuk dalam masjid...dok berborak jerk kat luar...ntah ape yang ade dalam pikiran dorang tu agak nye kan...

Nah...itulah fenomena-fenomena yang sering berlaku pada waktu solat jumaat.  Mungkin kurangnya kesedaran tentang kewajipan menunaikan solat jumaat.  Mereka cume memandang remeh terhadap perkara ini.  Jadinya nak ceghite la sket pasal solat jumaat...jom story!!!

Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.  Firman Allah dalam kitab suci nya surah al-Jumuah ayat 9 yang berbunyi :
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) šÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râsŒur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
**Maka jual beli yang dinyatakan dalam ayat tersebut apabila imam Telah naik mimbar dan muazzin Telah azan di hari Jum'at, Maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalkan semua pekerjaannya.

Dalam ayat di atas, jelas Allah menyuruh hambanya untuk MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT malah ditegaskan supaya BERSEGERALAH mengingati Allah iaitu untuk bersolat jumaat pada ketika itu. Dan disuruh pula agar ditinggalkan sementare segala urusan termasuk hal jual-beli.  Maka, tidak ada alasan untuk meninggalkan atau melewatkan solat jumaat.

Disini nak dikongsikan juga sedikit tentang syarat dalam menunaikan solat jumaat dan hukum sekiranya kita meninggalkan solat jumaat dengan sengaje.  Jom sambung geng!!!

Dalam rukun menunaikan solat jumaat ada dinyatakan bahawa solat jumaat mesti didahului dengan 2 khutbah sebelum solat jumaat. Jadi bila difikirkan sekiranya kita lewat pegi solat jumaat, sempat ke dengar khutbah? Kalau berborak semasa khutbah, kita boleh dengar ke ape yang disampaikan oleh khatib???jadi apakah kita mencukupi rukun solat jumaat???dan sekiranya tidak cukup rukun dalam menunaikan solat jumaat, apekah sah solat jumaat sedangkan jelas kita tahu tentang rukunnya??? fikir2kanlah!!!


HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud.

Maka, melalui hadis ini, kita terang-terang diberitahu bahawa DILARANG MENINGGALKAN solat jumaat sebanyak 3 kali TANPA SEBARANG KEUZURAN .

Oleh itu, wahai diriku yang serba kekurangan, wahai saudara2 ku yang mulia, sama2lah kita ber’muhasabah diri kita...dan saling mengingati saudara2 kita yang lain...kita manusia yang sering lalai dan melakukan kesilapan...maka wajiblah kita saling mengingati dan bernuhasabah diri agar kita same2 mencapai radhaNya...amiin...itulah alkisahnya...nak makan cendol pulut tu takpe tapi tunaikanlah ape yang sepatutnye ditunaikan dulu lepas tu baru ley nikmati cendol pulut tue o.k...tak dapat makan cendol pulut takpe tapi jangan pula tak dapat solat jumaat sebab nak makan cendol pulut...fikir2kanla...so, segale kekurangan, same2 lah kite perbaikinya o.k...moge mendapat manfaat bersama...peace(^_^)