assalamualaikum...

selamat datang kepada semua yang melawati blog are-que nie...maf ye klu de tersilap or tersalah...are-que juga insan biasa yang tak terlepas dari kesilapan...jadi sebagai manusia, kita perlulah ingat-mengingati...jadi sebarang komen bley tinggalkn pesanan kepada are-que di box yg disediakan di tepi tue okayh...dan terima kasih atas kesudian melawati blog ini...
dan anda semua di'alu2kan menjoin blog are-que nih...:)

my family(1st wedding)

my family(1st wedding)
hmm...tyme nih 1st wedding dlm family are-que...tp abg yg no 3 yg kawen dlu...langkah bendul...jodohnyer smpai awal...hmm...agak excited are-que tyme nih...kelam kabut sket r...tp ade stu peristiwa tyme nih...hah...rahsia la xleh gtau...nnt kantoi...hehehe...tyme ni tema nyer warne-warni kot...pengantin n pelamin tema merun, tp family n brg antaran tema ijau...huhuhu...conpius2...hmm...tyme nih bertambah la warga perempuan dalam family are-que...hehehe...

my family(2nd wedding)

my family(2nd wedding)
cian ayahque sbb penat sgt layan tamu...lpas jerk org sume blik,ayah tumbang...sume isau...upenye ayah x mkn ubat pg tu n x mkn lngsung smpai ptg...hmm...tp alhamdulillah sumenyer selamat n majlis berjalan ngan lancar...and x leh lupa tyme ni are-que jd pengapit bidang terjun...hahaha...mmg lawak...mse ni bru ader sorg anak buah...si imran tu...sgt manje...plak tu tyme nih ummi die ngah pregnant kn adik die n btmbah lg la cucu tok ayah n nenek...hehehe...

Wednesday, July 17, 2013


 

 

"cinta itu tidak buta tetapi MANUSIA yg buta kerana cinta"

 

terkadang kita yg membenarkan hati kita buta dek kerana cinta yg pada dasarnya indah untuk sementara...kita sering mengatakan hati ini cair melihat raut senyuman di wajahnya...hati ini berbunga dengan kaa-kata manis darinya...hati ini...hati itu...sehingga terkadang kita tidak mengindahkan kebenaran yg mencalitkan luka di hati semata-mata cinta palsu yg terpancar dari rautnya yg membuai perasaan bahagia yg sementara...kita tidak mendengar tangisan hati yang luka berdarah kerana mngharapkan hati lain yg akan mmbujuk hati kita...tp adakah hati kita ini dipujuk olehnya dengan ketulusan hatinya???

 

kita membiarkn hati sndiri diluka demi kbahagiaan hati yg belum pasti bersatu dgn hati kita...semuanya kerana apa???kerana kita rela memBUTAkan hati kita dek kerana cinta palsu yg indah sementara...kita lupa menjaga hati kita kerana terlalu asyik di buai mmpi indah yg bila2 masa saja akn musnah bila kita terjaga dr mmpi itu...

 

bkn salah CINTA bila kita terluka...CINTA itu sememangnya suci yg dianugerahkn Allah pd kita...kita yg menentukan samada kita BUTA keran CINTA atau tidak...dalam sedar atau tidak, kita sering memilih utk BUTA krn CINTA!!!semata-mata ingin merasai bahagianya cinta yg hanya sementara...
 
 
hai sume...kali nie aye membawa kisah chenta pulak...hihihi...dh lame betul tidak mencipta ayat2 chenta nie...entah ape mimpi aye kali nie membawe ayat2 chenta kali nie...tetibe jerk kn...huhuhu...tp pape pon ape yang aye bawa ni ialah idea dan pendapat aye sendiri...terpulang kepada pembaca sume samada nak terima atau tidak pendapat aye nie...pape pon semoge enjoy!!!(",)
 

by: S.N.J.J

 

Sunday, October 21, 2012

sebelum mata dilelapkan


assalamualaikum para pembaca dan para penyinggah setia mahupun yang baru menyinggah blog sy nie...moga Allah sentiasa memberi keberkatan dan rahmat dalam kehidupan anda sume...amiin...hari nie den nk kongsi skit ilmu yg den dapat rasenye pnah gak tbace dari site kwn2 len tp den nk kongsi gak kt blog den nie sbb kmungkinan juga ada yg masih lom tbace kan...so,x salah nk sebarkan ilmu yang bermanfaat kan malah ia sgt digalakkan sptmana sabda nabi s.a.w "sampaikanlah kepadaku walau satu ayat" ...mudah2an dinilai ibadah disisi Allah...

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3.
Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 

1→ surah Al Ikhlas
tiga kali, seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhuallaahu ahad' Allaahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2→ Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allaahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3→ Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

4→ Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illallaahu allaahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* sekiranya berkesempatan...Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
waAllahu a’lam...

* sekiranya tdapat kesilapan, harap ditegyr so,same2 mndapat pengajaran darinye o.k:)
sekian...wassalam...

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi menjenguk blog seindah pelangi...moga anda semua sentiasa berada di bawah naungan Allah s.w.t....hari ni tibe2 den teringat kisah tentang saat kewafatan Rasulullah yang pernah den baco sebelum nie...so,den raso nak berkongsi la kisah nie kat pelawat-pelawat semua..kebetulan den ado simpan laie kisahnyo tu, so, den pun dengan segera sign in ke blog seindah pelangi ini...tapi mungkin juga anda semua pernah membaco kisah nie sebab kisah nie dah lamo den baco tapi takpelah sekadar perkongsian...if dah baco, apo salahnyo nak dibaco laie kan...dapat jugak mentazkirahkan diri sendiri...hihihi...den pon malas nk membebel pepanjang nie so jom kito baco kisahnyo...yok yok...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.... 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan  khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

 
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala aali wabaarik wa salim 'alaihi

nahh...tengok la betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita...mampukah kita membalasnya???dengan apekah dan bagaimanakah kite membalasnya???tepuklah dada,tanyelah diri sendiri termasuklah diri den nie sekali...ya Rasulullah s.a.w. betapa aku gagal menghidupkan sunnahmu dan betapa aku lemah dalam meneruskan perjuanganmu...(T_T)...wahai diri sedarlah dan bangkitlah dari tidurmu yang panjang itu!!!
o.klah kawan-kawan,semoge kisah ini memberi sedikit pengajaran buat kite semua...mungkinkah kite akan membiarkan Rasulullah menanti kite dengan sia-sia di pintu syurga???ATAU membawa senyuman kepada Baginda dengan bersama-sama ke JANNAH???  waAllahu a'lam...hanye diri sendiri yang mampu menjawabnye...;)