PENGERTIAN
DAKWAH
Sebelum tajuk perbincangan ini dikupas dengan lebih terperinci, saya terlebih dahulu ingin menerangkan tentang definisi dakwah. Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, meyeru, memanggil dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai maknanya tersendiri.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 125 :
Maksudnya:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik ; sesungguhya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya. Dan dialah yang lebih megetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[1] Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala
Lumpur : Universiti Malaya, hlm . 1-2.
[2] Abdul
Ghafar Don, 2000, Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.
12.
[4] Abdul
Ghafar Don, 2000,Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.
163.
sekadar perkongsian...moga bermanfaat...(-_,-)
BY: S.N.J.J