assalamualaikum...

selamat datang kepada semua yang melawati blog are-que nie...maf ye klu de tersilap or tersalah...are-que juga insan biasa yang tak terlepas dari kesilapan...jadi sebagai manusia, kita perlulah ingat-mengingati...jadi sebarang komen bley tinggalkn pesanan kepada are-que di box yg disediakan di tepi tue okayh...dan terima kasih atas kesudian melawati blog ini...
dan anda semua di'alu2kan menjoin blog are-que nih...:)

my family(1st wedding)

my family(1st wedding)
hmm...tyme nih 1st wedding dlm family are-que...tp abg yg no 3 yg kawen dlu...langkah bendul...jodohnyer smpai awal...hmm...agak excited are-que tyme nih...kelam kabut sket r...tp ade stu peristiwa tyme nih...hah...rahsia la xleh gtau...nnt kantoi...hehehe...tyme ni tema nyer warne-warni kot...pengantin n pelamin tema merun, tp family n brg antaran tema ijau...huhuhu...conpius2...hmm...tyme nih bertambah la warga perempuan dalam family are-que...hehehe...

my family(2nd wedding)

my family(2nd wedding)
cian ayahque sbb penat sgt layan tamu...lpas jerk org sume blik,ayah tumbang...sume isau...upenye ayah x mkn ubat pg tu n x mkn lngsung smpai ptg...hmm...tp alhamdulillah sumenyer selamat n majlis berjalan ngan lancar...and x leh lupa tyme ni are-que jd pengapit bidang terjun...hahaha...mmg lawak...mse ni bru ader sorg anak buah...si imran tu...sgt manje...plak tu tyme nih ummi die ngah pregnant kn adik die n btmbah lg la cucu tok ayah n nenek...hehehe...

Wednesday, January 11, 2012

JANGAN KALUT

arini paper yg ke-3 yg dilalui n dis da 1st paper make me sooo scary to face it...bcoz dis paper quite difficult for me n myb for others...mcm bese tabiatnye last minute study la...huhuhu...dh taw paper nie agak rumit lg mau last minute kn...nak dijadikan cerite,mlm sblm exm,x smpat nk abeskan study matenye dh terkebil-kebil...so apelagi kunci jam kol 5pg hajatnye nk bangkit awal n study time2 hening tu...tp ape nk kate dh ditakdirkan mate nie x tbukak pd waktu yg dirancang...then bkn lg jd last minute study tp last second study...huhuhu...alhamdulillah la Allah kurniakan gerak ati utk bce yg topik2 yg terpilih je (topik2 yg dlm bentuk umum n yg pernah dipelajari n didengari sebelum nie) so,mudah skit la nk ingt point n biiznillah bley la nk goreng2 ape yg patut...hehehe...time nk g exam tu,agak berderau gak le darah nie...mane taknye ape yg dlm pale cume 3 topik je yg ade itu pun x brape nk khatam 50-50...dlm dok bderau darah nie dpt panggilan dr mak...alhamdulillah kate2 mak tu bjaye wat darah nie bjalan sperti sedia kala...so,blagak maintain n cool la smpai ke dewan exm...dlm pjlanan 2 k.mimie ngan baek hati tlg bacekan nota utk disumbatkan lg dlm pale nie...so, btambah lah skit lg input yg sedia ade dlm brain nie...so,dh smpai,wt last scanning ngan k.mimie then kuar je kete dush!!!satu persoalan yg mbuatkan darah yg maintain n cool td bderau semula...kad matrik!!!dimane kad matrik que?di maneeee???hah kalut r ape lg...so,alhamdulillah k.mimie batrisya ade kt situ so,die suh btenang n cari bebetul tp still x jmpe...so,atas nasihat k.mimie n nuzurul huda yg berada di talian,are-que cube bertenang n tarik nafas dlm2 n cool kn blik darah yg bderau...so,siapkan i/c n kad kolej utk ditunjukkan pd pemeriksa... alhamdulillah...lepas...lega...thanks frenz...so,dh amek tmpat duduk mcm biase isi borang khadiran then bdoa mohon pd Allah moge dpermudahkan segale urusan n mohon agar jiwaque tenang kembali...klu x bmohon pd Allah nk mohon pd sape kn...so,time2 nie bru sdar diri yg hanya Allah je ley tlg kite dlm ape keadaan sekalipun...then start je exam tgk soklan perghhh bersyukur sgt2 sbb 3 topik yg dibace sejak pg td mmg kuar...w/pun x brape nk ingt,tp alhamdulillah kuasa Allah nk bg anugerah pd sesiape saje hambaNya,mse tu point2 mmg dh sedia dlm pale tp kene pndai2 r nk goreng yg penting x lari topik...huhuhu...hopefully ust terima segala perbahasan yg telah que lontarkan didalam paper exam td dan juga moge ust terime huraian2 membe2 seperjuangan yg lain...ape pun study msti smart...smart n hard not hard n smart...smart dh memadai tp hnye hard sje x smart payoh jgk...pe pun smart tu penting tp jgn dilupa dlm smart tu pastikan ade tawakkal pdNya...(^,^)...n thanks much2 la pd  rakan2 seperjuangan atas bantuan  mrk2 yg wt discussion n give moral support telah byk mmbantu que utk hadapi paper nie...

MORAL OF STORY:

1- janganlah mengamalkan study last minute or second...pada yang dah terbiasa,cuba2 lah untuk berubah untuk mndapat result yang lebih mantop...paling tidak pon tak menyia-nyiakan harapan parents n family tercinta(^,^)

2- ape pon keadaan yang berlaku, jangan kalut dan cuba2 lah bawa bertenang, relaks n cool...semua benda boley settle punye(^,^)

3- sentiasalah bertawakkal dan bermohon pada Allah dan yakinlah bahawa Allah saja yang dapat membantu kita dalam apa keadaan sekalipun...DIA berhak dalam mengkehendaki sesuatu..."kun fayakun"(^,^)

so, now ready for next paper...study smart n hard frenz...fighting!!!(^,^)

TEORI KEMASYARAKATAN IBN KHALDUN

IBNU Khaldun (1332-1406) ialah cendekiawan Islam yang banyak menyumbang dalam pelbagai bidang sains kemanusiaan antaranya falsafah, sains politik, sejarah dan sosiologi.
Berasal dari Tunisia, beliau pernah bertugas sebagai hakim atau kadi kepada mazhab Maliki di Afrika Utara. Beliau juga negarawan yang arif dalam hal ehwal negara hasil pengalamannya berkhidmat kepada beberapa generasi pemerintah Muslim di sana.
Antara karya penulisan beliau yang masyhur ialah Muqaddimah, buku pendahuluan bagi Kitab Al-’Ibar mengulas teori ketamadunan yang kini menjadi rujukan ilmuwan Islam dan pengkaji Barat.
Antara pemikiran Ibnu Khaldun adalah teori kemasyarakatan. Menurut beliau, sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu masyarakat, kita perlu memahami manusia dan perbezaannya daripada hidupan lain. Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni. Kedua, manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.
Ketiga, manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dan cara dalam menjalani kehidupan seperti kerjasama dalam institusi kekeluargaan, anak sentiasa berusaha membantu ibu bapa.
Seterusnya ia berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya mewujudkan ciri keempat pada manusia yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun sebagai tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka.
Ini termasuk tempat tinggal yang selesa di bandar dan kawan bagi menemani hidup supaya tidak kesunyian. Semua ciri ini membezakan manusia dengan makhluk lain mengikut pengamatan Ibnu Khaldun. Apabila memahami manusia, baru kita beralih kepada pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati diri serta mempelajari budaya melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam masyarakat.
Individu tidak boleh hidup dengan mengasingkan diri daripada masyarakat. Ibnu Khaldun menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang dikurung bersama bapanya sejak ia lahir.
Walaupun memiliki pengetahuan mengenai dunia luar melalui penceritaan bapanya, budak itu masih tidak mampu membayangkan dan berimaginasi apa yang diceritakan itu. Pengasingan dengan dunia luar membuatkan kanak-kanak itu tiada pengalaman berjumpa dan hidup dalam masyarakat sehingga membantutkan daya fikirannya. Oleh itu, hidup bermasyarakat adalah penting.
Menurut Ibnu Khaldun, beberapa faktor perlu ada bagi membantu individu dalam proses mengumpul pengetahuan mengenai masyarakat dan pertama adalah ilmu.
Ilmu adalah ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam. Manusia asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong ataupun dipanggil tabula rasa mengikut Ibnu Khaldun.
Kemudian, hasil usaha menimba ilmu pengetahuan, seseorang menjadi insan lebih sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ilmu pengetahuan dimantapkan dengan faktor kedua iaitu nilai murni keagamaan yang mewujudkan pembangunan jati diri yang baik.
Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen ketiga iaitu institusi keluarga.
Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi mewujudkan individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan golongan tua juga ejen yang membantu menerapkan nilai murni kepada individu.
Golongan tua terlebih dulu makan garam memandu golongan muda berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi. Sementara guru pula berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang diajar harus secara berperingkat. Sedikit demi sedikit ilmu diserapkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka. Jangan terus memberi soalan yang susah atas alasan supaya mereka dapat menimba pengalaman daripada menjawab soalan itu.
Soalan yang sukar ini patut disimpan untuk dijawab pada akhir proses pembelajaran. Guru yang melakukan kesilapan ini sebenarnya menambahkan kekeliruan pelajar kepada pelajaran.
Bagi Ibnu Khaldun ini adalah teknik pengajaran yang lemah dan tidak berkesan. Beliau juga menekankan elak daripada menjalankan proses pendidikan formal berasaskan penghafalan kerana menghafal mengakibatkan seseorang mudah lupa.
Faktor seterusnya ialah penguasaan bahasa sebagai medium asas untuk berkomunikasi dengan masyarakat termasuk kebolehan berbahasa pasar kerana ia dapat memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan lagi hubungan dengan ahli masyarakat.
Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik. Penulisan dapat membantu seseorang meluahkan apa yang terdetik di benak dan minda mereka.
Ejen sosialisasi yang terakhir ialah muzik. Menurut Ibnu Khaldun, muzik dapat mengeratkan hubungan sesama manusia melalui emosi yang dilahirkan ketika mendengarnya terutama muzik berentak harmoni.
Ia membantu menceriakan suasana serta meringankan tekanan. Muzik bercorak puisi indah, berirama rancak dan bertenaga pula menaikkan semangat tentera yang berjuang di medan peperangan. Ini membantu mereka terus cekal melindungi keselamatan masyarakat sehingga berjaya mengatasi dan mengalahkan musuh serta pulang ke pangkuan keluarga dicintai.
Ibnu Khaldun banyak menyumbang kepada ilmu falsafah sama ada politik, sosiologi dan sejarah, walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kerana teorinya yang dianggap agak sekular, jika diamati, fikiran beliau lebih maju daripada era zamannya sendiri.
Selepas lebih enam abad berlalu, falsafah beliau masih dapat diguna pakai dan banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun sama ada Islam mahu Barat.
Sehingga kini, hasil nukilan beliau masih menjadi sumber rujukan utama bagi universiti di seluruh dunia.
p/s:copy paste dr blog traditional islam...sekadar perkongsian bersama(^_^)

Tuesday, January 3, 2012

KUBUR KITE LAIN-LAIN???

Kubur kite lain-lain???ape cer nie???pasal kubur?eh kubur kite bukan bersebelahan ke?kubur kau cantik tak?eh! ape yang nak disampaikan nie?cer story sket!!!

Haa...nie la nak cerita nie...bukan pasal kubur semata-mata tapi ade yang lebih penting dari tu...so, kalau nak tahu, teruskan membaca sampai abes o.k!!!jom layan!!!

Kawan-kawan, cuba kia tengok keadaan sekeliling kita...masyarakat sama-sama dengan kita, apa yang sedang mereka lakukan??? Ada yang bersedekah, berbuat amal di masjid, tolong orang yang dalam kesusahan...eh!cuba tengok lagi sebahagian yang lain...haa...ada juga yang sedang sibuk membeli belah...ntah apa yang dibelinya...mungkin keperluan harian agaknya...husnu zhon...yang sane pulak sedang sibuk berfesyen sakan mengikut trend katanya...ikut syariat tak tu???jangan tak cukup kain pulak yer...erm...yang di sane pulak ade pasangan yang asyik berasmaradana la pulak...siap berlari-lari mcm “kuch-kuch hota hey” la pulak...dah halal ke belum wat aksi-aksi ala cerita titanic gitu???yang golongan remaja nie pulak duduk melepak kat pusat hiburan, cyber cafe, tak pergi sekolah ke erk???siap dengan rokok kat mulut...masyaAllah s.w.t adik-adik...yang abang-abang dan kakak-kakak yang besar panjang nie pulak tunjuk contoh yang bukan-bukan kat adik-adik...macam mane la adik-adik nie nak ikut???erm...macam-macam la ragam manusia sekarang...kita nie bukan nak ajak mengumpat, tapi nak ajak merenung apa yang sedang berlaku dalam masyarakat merangkap saudara-saudari seislam kita nie...kalau mereka berbuat kebaikan,Alhamdulillah...mudah-mudahan istiqomah dan menjadi qudwah hasanah pada yang lain...tapi kalau yang sebaliknya, macam mane???adakah kita nak duduk dan lihat je kerosakan dan kemungkaran yang berlaku???ada orang kata jangan nak dok menyibuk halo rang lain, jage tepi kain sendiri sudahlah...ada pulak bila ditegur disergahnya balik kita...kubur kite lain-lain katenya so,tak menyusahkan orang lain bila dia berkelakuan mengikut nafsunya...

Nah...macam mana nak dijawab bila dikata kubur kita lain-lain tu???haa...cube cakap kat dia “memang la kubur kita lain-lain, tapi dibuatnya nanti kubur kau sebelah ngan kubur aku macam mane..?pulak tu berjiran dengan kubur orang-orang yang alim dan sepatutnya bersemadi dengan aman...tak ke masa tu kau menganggu ketenteraman orang lain nanti..?”haa...suh dia jawab jangan tak jawab...

Kawan-kawan ku sayang, bukan itu sebenarnya menjadi isunya sekarang...tapi nak bagitahu yang kita semua nie adalah manusia yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi “KHALIFAH” di muka bumi ini...dan perkara ini telah jelas dinyatakan di dalam al-Quran surah al-baqarah ayat 30

øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ

30.  Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Ayat ini jelas Allah s.w.t melantik manusia menjadi khalifah di muka bumi ini...jadi adakah seorang khalifah itu dilantik hanya untuk duduk dan melihat kerosakan dan kemungkaran berlaku di muka bumi ini???sesugguhnya tidak sama sekali...khalifah dilantik untuk menjalankan tugas memelihara dan menghalang kerosakan dan kemungkaran yang berlaku...jadi kita adalah khalifah di muka bumi ini...kitalah yang bertanggungjawab untuk memelihara dan menghalang dari terusnya berlaku kerosakan dan kemungkaran...dengan cara apa???dengan cara melakukan “al-amr bi al-ma’ruf wa nahy al-munkar” iaitu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemunkaran...makanya, kita wajib untuk menegur seluruh umat manusia yang sedang leka dihasut oleh syaitan yang direjam yang berjanji untuk menyesatkan anak-anak Nabi Adam a.s...

Nah...kawan-kawan ku yang disanjungi, ini adalah tanggungjawab kita terhadap saudara-saudari kita...bukan kerana kubur kita lain-lain ke bersebelahan ke satu kubur yang sama kea tau kubur yang berjauhan sekalipun, ia bukanlah menjadi isu utama dalam hal ini...jangan kerana kata-kata yang dilontarkan sebegitu, kita melupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah...cuba kita fikirkan sekiranya semua manusia menganggap kata-kata seperti itu sebagai alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah, siapakah yang akan menjalankan amanah tersebut???adakah kita bersenang hati melihat saudara-saudari serta kaum kerabat kita terus berada dalam kemunkaran???

So, kawan-kawan fikir-fikirkanlah dan bertindaklah sebagai seorang khalifah Allah s.w.t bukan sebagai hamba yang menurut kepada hasutan syaitan yang dilaknati Allah s.w.t.

As normally, segala kekurangan harap dimaafkan dan sama-samalah memperbaikinya...moga mendapat redha dari Allah s.w.t dan manfaat bersama...amiin...so, jangan gadoh2 o.k...peace (^_^)